Sinopsis Zahira_(drama)

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Zahira (Zara Zya) yang baru saja tamat pengajiannya. Zahira mempunyai kekasih hati bernama Suffian (Ryzal Jaafar). Dia terlalu menyayangi Suffian, namun Suffian hanya mempergunakan Zahira untuk memperoleh dirinya mendapat gred yang terbaik di universiti. Yang paling teruk, apabila Suffian mencuri idea proposal Zahira sehingga menyebabkan Zahira kehilangan peluang kerjanya.

Di rumah, Zahira begitu tertekan kerana teringatkan hutang emaknya pada orang-orang kampung. Mereka menggugut akan mengadaikan rumah yang didiami mereka jika tidak melangsaikan hutang mereka. keran aitu juga, Zahira bernekad akan mendapatkan pekerjaan.

Encik Iqbal (Ady Putra), seorang majikan yang tegas dan garang kepada pekerjanya. Di rumah pula, dia seorang ayah yang mementingkan peraturan rumah. encik Iqbal mempunyai dua orang anak dan anak lelakinya menghidap penyakit disleksia.

Encik Iqbal mempunyai 3 orang pembantu rumah bagi menguruskan perihal anak-anaknya. Mereka sering dimarahi Encik Iqbal gara-gara ketidakcekapan dalam melaksanakan tugasan. Kerana tidak puas hati hasil kerja pembantu rumahnya, Encik Iqbal bertindak memecat orang gajinya.

Siapa sangka jawatan pembantu rumah tersebut bakal disandang oleh Zahira. Bagaimana tugas Zahira sebagai pembantu rumah? Adakah memenuhi piawaian Encik Iqbal. Apa reaksi Zahira bila berdepan bosnya yang begitu garang? Adakah anak-anak Encik Iqbal mudah dibentuk menerusi didikan Zahira?