Kerjaya Zahirah_MacWilson

Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 12 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahra, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam HidayahMu Ramadan. Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad, Zahirah memegang watak Annisa. Drama ini mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham, Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti.

Kejayaan seterusnya dikecapi oleh Zahirah ialah menerusi gandingannya bersama Shukri Yahaya menerusi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku memegang watak Puteri Nuraisha. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya.

Zahirah memegang watak Athea Irdeena dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu bersama Syafiq Kyle yang bersiaran di Astro Ria, menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Zahirah kemudiannya membintangi drama adaptasi novel karya Emy Roberto, Jangan Benci Cintaku bersama Saharul Ridzwan yang bersiaran di TV3 dengan memegang watak Rafeeqa Huda.[4]

Rujukan

WikiPedia: Zahirah_MacWilson http://www.kosmo.com.my/hiburan/zahirah-macwilson-... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/aiman-h... http://www.utusan.com.my/hiburan/zahirah-macwilson... http://babab.net/out/biodata-zahirah-macwilson-pel... https://www.facebook.com/Officialzahirahmacwilson https://www.instagram.com/zahirahmacwilson/ https://twitter.com/zahirahmac https://www.bharian.com.my/hiburan/gosip/2018/04/4... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...