Zaman_Pertengahan
Zaman_Pertengahan

Zaman_Pertengahan

Zaman Pertengahan merupakan zaman kedua dalam pembahagian tradisional sejarah Eropah kepada tiga zaman: Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman ini merupakan zaman perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah. Zaman Pertengahan menyaksikan pembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah. Negara-negara Eropah moden bermula pada zaman ini, sempadan seperti yang terdapat pada hari ini merupakan kesan pencapaian ketenteraan dan wangsa paza zaman yang kacau ini. Sains, teknologi, pertanian dan identiti sosial berubah secara mendadak pada masa ini. Zaman Pertengahan bermula dari kejatuhan Empayar Rom Barat pada abad ke-5 hinggalah kejatuhan Empayar Rom Timur pada abad ke-15. Walau bagaimanapun, tarikh ini cuma lebih kurang dan berasaskan hujah nuansa, kerana skema tarikh lain wujud.