Zami_Ismail
Zami_Ismail

Zami_Ismail

Zami Ismail (20 November 1944 – 19 Jun 2011) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau paling diingati ialah peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri Salam Pantai Timur. Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.