Zamzamzairani_Mohd_Isa

Tan Sri Zamzamzairani bin Mohd Isa merupakan seorang eksekutif perniagaan Malaysia dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Telekom Malaysia[1] dari 25 April 2008 sehingga persaraannya pada 30 April 2017 dan digantikan oleh Mohammed Shazalli Ramly berkuatkuasa 1 Mei 2017.[2]Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi UEM Sunrise (anak syarikat kumpulan UEM) berkuatkuasa 18 Mei 2017, menggantikan Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali.[3] Berkuatkuasa 1 Disember 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Pos Malaysia.[4]

Zamzamzairani_Mohd_Isa

Pekerjaan Eksekutif perniagaan
Didahului oleh Ahmad Tajuddin Ali
Kewarganegaraan Malaysia