Zat_besi

Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia,[1] zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin.Lelaki dewasa (berat badan 75 kg) mengandungi ± 4000 mg zat besi, sementara wanita dewasa (berat badan 55 kg) mengandungi ± 2100 mg zat besi.[1] Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.[2]Kekurangan zat besi boleh menyebabkan penyakit anemia.[2]