Zealandia
Zealandia

Zealandia

Zealandia (dalam bahasa Māori: Te Riu-a-Māui "Lembah/Badan Perahu Māui")[1] atau Tasmantis[2][3] adalah suatu daratan besar berupa benua[4] yang separa tenggelam berikutan pemisahan kerak benua dari Gondwana antara 83–79 juta tahun yang lalu.[5] Sebahagian besar daratan ini (94%) tenggelam di bawah Lautan Pasifik[6] manakala yang selebihnya membentuk pulau-pulau New Zealand yang terbesar diikuti oleh Nouvelle-Caledonie.Kefahaman mengenai daratan ini mula diusulkan oleh saintis Amerika Syarikat Bruce Luyendyk pada tahun 1995, [7] pengimejan satelit yang berikutan menunjukkan daratan diusulkan ini kelihatan hampir seukuran Australia. [8] Kajian pada tahun 2021 menunjukkan bahawa daratan tua ini berusia 1 bilion tahun yakni kira-kira dua kali lebih awal daripada yang difikirkan oleh ahli geologi sebelumnya. [9]

Rujukan

WikiPedia: Zealandia http://www.cnn.com/2017/02/16/travel/zealandia-new... http://www.stuff.co.nz/national/31306/Searching-fo... http://www.gns.cri.nz/research/marine/images/unclo... http://www.unclosnz.org.nz/acretion_map.html //doi.org/10.1130%2F0091-7613(1995)023%3C0373:HFCR... //doi.org/10.1130%2FGSATG321A.1 https://www.bbc.com/future/article/20210205-the-la... https://www.businessinsider.com/hidden-continent-z... https://books.google.com/books?id=eIW5aktgo0IC&pg=... https://books.google.com/books?id=slVobUjdzGMC&q=%...