Zhao_Ziyang
Zhao_Ziyang

Zhao_Ziyang

Zhao Ziyang (lahir 17 Oktober 1919 - 17 Januari 2005) adalah ahli politik China di Republik Rakyat China. Dia adalah Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-3 (1980-1987), dan Setiausaha Agung Parti Komunis China (1987-1989).Zhao bersikap kritis terhadap dasar Mao Zedong dan instrumen dalam melaksanakan pembaharuan pasaran bebas, pertama di Sichuan. Dia mwnyokong pembaharuan oleh Deng Xiaoping selepas Revolusi Kebudayaan. Dia berusaha memerangi rasuah. Pada 1980-an, Zhao Ziyang juga seorang penganjur penswastaan syarikat milik negara, pemisahan parti dan negara, dan pembaharuan pasaran ekonomi. Banyak pandangan beliau kemudian dilaksanakan oleh Setiausaha Agung Hu Yaobang.Dia simpati dengan demonstrasi mahasiswa selama bantahan Dataran Tiananmen 1989. Ini bertentangan dengan Perdana Menteri Li Peng ketika itu. Akibatnya dia dikenakan tahanan terhad di rumah. Dia meninggal dunia di Beijing pada tahun 2005, tanpa upacara pemakaman umum yang sepatutnya. Namanya menjadi 'tabu'.