Zirah_rantai
Zirah_rantai

Zirah_rantai

Zirah rantai atau zirah cincin adalah sejenis baju zirah yang dihasilkan dengan memancakan atau menghubungkan gelungan besi kecil menjadi suatu jaringan yang keras tapi fleksibel. Di Eropah, penggunaan zirah rantai sangat popular sepanjang Zaman Kegelapan, Abad Pertengahan Tinggi dan Renaisans, dan paling banyak digunakan pada abad ke-13, ketika zirah rantai digunakan untuk menutupi seluruh badan.Temuan terawal untuk zirah rantai berasal dari abad ke-3 SM dari Horný Jatov, Slowakia, dan sebuah pengebumian kepala suku Kelt yang terletak di Ciumeşti, Romania.[1] Adalah difikirkan bahawa Republik Rom pertama kali mengetahui zirah rantai ketika bertarung melawan bangsa Gaul di Cisalpine Gaul, kini Itali Utara. Angkatan Rom mengadopsi teknologi ini untuk askar mereka dalam bentuk lorica hamata yang digunakan sebagai bentuk zirah utama sepanjang zaman empayar Rom.Jaringan ini secara teorinya dapat membantu melindungi badan pemakai dari sebarang tujahan senjata tajam konvensional,[2] sama ada yang berbentuk bilah seperti pedang mahupun senjata yang menusuk seperti lembing; namun tahap perlindungan yang dijamin bergantung kepada mutu pertukangan baju zirah dari segi ketebalan gelung, kepadatan pemancaan gelung serta bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan gelung tersebut. Sifat baju zirah yang mudah melentur tidak menghalang pukulan yang mengenai pemakai sehingga boleh menyebabkan lebam dan retakan tulang yang membahayakan,[3] maka lapikan keras juga akan dipakaikan terlebih dahulu di kawasan yang sensitif seperti kepala sebelum memakai baju zirah ini.