Sinopsis Zombie_Kilang_Biskut

Mengisahkan Husin yang kembali ke kampung pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai juruteknik selepas kecewa di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Wahab B, Pian dan Sofea. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang tempat mereka bekerja.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga turut didatangi hantu Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuhnya. Ramai lelaki yang menjadi korban Kamariah termasuk zombi dalam usahanya mencari Usop.

Konflik ini mencetuskan huru-hara di kampung pisang dan keadaan bertukar menjadi kucar-kacir selepas mereka mendapat tahu zombi mula menyerang.

Husin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama-sama berusaha menentang zombi, tetapi semasa mereka hendak menyerang zombi, mereka diserang pula oleh hantu Kamariah.