Zugspitze
Zugspitze

Zugspitze

Zugspitze ialah puncak tertinggi di Jerman. Ia terletak di sempadan negara ini dengan Austria di pekan Grainau dalam daerah Garmisch-Patenkirchen dalam negeri Bavaria. Di bahagian sebelah Austria pula ialah pekan Ehrwald dalam daerah Reutte dalam negeri Tirol. Terdapat kereta api tarik yang membawa pelancong-pelancong dari resort pelancongan di Garmisch-Patenkirchen ke puncak ini. Selain itu, telah dibina dua laluan kereta kabel, iaitu satu dibina di bahagian Jerman di sebuah tempat bernama Eibsee, manakala satu lagi di bahagian Austria yang diberi nama Tiroler Zugspitzbahn. Puncak ini sering dikunjungi oleh ramai pelancong.Bagi mereka yang mahu mendaki ke puncak, beberapa laluan (termasuk untuk ski) boleh diikuti. Pendakian dari kaki gunung ke puncak mengambil masa selama satu atau dua hari. Makanan dan bilik penginapan disediakan sepanjang beberapa laluan. Di musim sejuk, puncak ini menjadi tumpuan untuk kegiatan ski dan luncur salji. Di atas gunung ini turut dibina Zugspitzplatt, resort ski tertinggi di Jerman yang mempunyai salji sepanjang musim sejuk. Sebelum Perjanjian Schengen berkuatkuasa, terdapat pos pemeriksaan sempadan di atas puncak ini, yang mengawal aktiviti keluar masuk di antara Jerman dan Austria. Pos itu kini tidak lagi digunakan.

Zugspitze

Sebutan ˈʦuːkʃpɪʦə
Pendakian pertama 1820 oleh G. Deutschl, Maier dan J. Naus
Senarai Puncak tertinggi negara
Puncak menonjol
Lokasi Sempadan Jerman-Austria
Peta topo BEV ÖK50 116
Tonjolan 1,746 m (5,728 ka)
Induk banjaran Alp Bavaria
Ketinggian 2,962 m (9,718 ka)
Laluan paling mudah melalui Reintal ke Knorrhütte dan merentasi penara
Terjemahan puncak berangin (Jerman)