Zugspitze ialah puncak tertinggi di
Jerman. Ia terletak di sempadan negara ini dengan
Austria di pekan
Grainau dalam daerah
Garmisch-Patenkirchen dalam negeri
Bavaria. Di bahagian sebelah Austria pula ialah pekan
Ehrwald dalam daerah
Reutte dalam negeri
Tirol. Terdapat kereta api tarik yang membawa pelancong-pelancong dari resort pelancongan di Garmisch-Patenkirchen ke puncak ini. Selain itu, telah dibina dua laluan kereta kabel, iaitu satu dibina di bahagian Jerman di sebuah tempat bernama Eibsee, manakala satu lagi di bahagian Austria yang diberi nama Tiroler Zugspitzbahn. Puncak ini sering dikunjungi oleh ramai pelancong.Bagi mereka yang mahu mendaki ke puncak, beberapa laluan (termasuk untuk
ski) boleh diikuti. Pendakian dari kaki gunung ke puncak mengambil masa selama satu atau dua hari. Makanan dan bilik penginapan disediakan sepanjang beberapa laluan. Di
musim sejuk, puncak ini menjadi tumpuan untuk kegiatan ski dan
luncur salji. Di atas gunung ini turut dibina Zugspitzplatt, resort ski tertinggi di Jerman yang mempunyai salji sepanjang musim sejuk. Sebelum
Perjanjian Schengen berkuatkuasa, terdapat pos pemeriksaan sempadan di atas puncak ini, yang mengawal aktiviti keluar masuk di antara Jerman dan Austria. Pos itu kini tidak lagi digunakan.