Penjelajahan Zuhrah

Misi penjelajahan ke Zuhrah bermula dengan program Venera oleh Kesatuan Soviet pada 1961.[16] Pada 14 Disember 1962, misi Mariner 2 menjadi kejayaan pertama Amerika Syarikat dalam penjelajahan ke Zuhrah, serta misi antaraplanet pertama dunia yang berjaya. Mariner 2 memperoleh maklumat berkait dengan atmosfera Zuhrah.[17][18]

Pada 18 Oktober 1967, prob angkasa Venera 4 berjaya memasuki atmosfera Zuhrah dan menjalankan uji kaji saintifik.

Pada 1975, pendarat Venera 9 dan Venera 10 berjaya menghantar gambar-gambar terawal permukaan Zuhrah dalam hitam putih. Gambar berwarna terawal permukaan Zuhrah berjaya diperoleh daripada pendarat Venera 13 dan Venera 14 pada 1982.

Robot Jepun gagal ke Zuhrah

Pada 8 Disember 2010, robot Akatsuki menjadi satelit pertama Jepun yang mengorbit planet lain selain Bumi tetapi gagal memasuki orbit mengelilingi Zuhrah selepas 200 hari dilancarkan. Ia juga dikenali sebagai Planet-C Venus Climate Orbiter. Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) memaklumkan bahawa ia terputus hubungan dengan pusat kawalan darat di Bumi. Kegagalan itu berpunca dari tarikan graviti matahari.[19]

Rujukan

WikiPedia: Zuhrah http://www.mentallandscape.com/V_OKB1.htm http://adsabs.harvard.edu/abs/1958ApJ...127....1M http://adsabs.harvard.edu/abs/1980CosRe..18..325K http://adsabs.harvard.edu/abs/1990AdSpR..10..137R http://adsabs.harvard.edu/abs/1998AREPS..26...23N http://www-ssc.igpp.ucla.edu/personnel/russell/pap... http://eclipse.gsfc.nasa.gov/transit/catalog/Venus... http://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/ven... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0601&p...