Kerjaya Zulkifli_Ismail_(pelakon)

Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur.

Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai Utusan Melayu sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1985.

Penglibatan dalam bidang lakonan bermula pada tahun 1986, apabila Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama Basikalku. Pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

Dalam tahun 2001 beliau menyertai siri Gerak Khas dengan memegang watak ASP Razlan (kemudiannya dinaikkan pangkat kepada DSP dan seterusnya Superintendan ). Beliau turut muncul dalam 2 filem Gerak Khas iaitu Gerak Khas The Movie II dan GK3. Zulkifli meninggalkan siri tersebut dalam tahun 2011. Sebelum Gerak Khas, Zulkifli pernah membintangi lebih 100 buah drama termasuk Opah, Angin Malam, Anak Merdeka, Imbasan, Allen Allien Sofiah, Penghunung Bayangan Ungu, Hutan Hijau, Pengasuh, Tak Logik, Nayan dan Nunis, Anak Kerbau, Menara Impian, Berarak Memori Jingga dan Mahligai Kaca.