Ekonomi Zürich

Stesen keretapi Zurich, yang terbesar di Switzerland, dan Laluan Kapal Terbang Zurich-Kloten yang agak sibuk menjadikan bandaraya ini pusat penting jaringan pengangkutan di benua Eropah. Bank-bank utama dan syarikat-syarikat insurans terkemuka di dunia pula membuka pejabat mereka di sini menjadikan Zurich salah satu pusat kewangan antarabangsa yang penting. Oleh yang demikian bandar ini tergolong dalam kalangan Bandaraya Global yang lain. Banyak syarikat media juga menjadikan Zurich pusat kegiatan mereka seperti Deutschschweizer Fernsehen (Televisyen Jerman Switzerland). Kedudukannya di tebing Tasik Zurich, Pusat Kota Lama yang dijaga rapi dan pelbagai aktiviti kebudayaan dan hiburan di waktu malam turut menjadikannya sebagai pusat kegiatan pelancongan di Switzerland.