Sejarah mydin

Pasar raya Mydin di Ayer Keroh, Melaka.

MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.[2] .Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri.[3] Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM'S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.

Menjelang September 2020, kini MYDIN mempunyai 67 cawangan di seluruh negara termasuk 27 Pasar Raya Besar MYDIN, 17 MYDIN Emporium, 3 MYDIN Bazaar, 3 francais MYDIN Mart, 7 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 8 supermarket MYDIN serta 2 kedai premium dikenali sebagai SAM Groceria.[1][2]