Pertanian Çayönü

Pembelajinakan babi

Çayönü mungkin adalah tempat di mana babi (Sus scrofa) mula-mula dibela jinak. Antara fauna liarnya termasuk babi hutan, biri-biri liar, kambing liar dan sebagainya. Persekitaran Neolitik termasuk kawasan paya dekat Boğazçay, hutan kayu terbuka, tompok-tompok steppe dan hutan badam-pistasio di selatan.

Penanaman bijirin

Menurut laporan Der Spiegel pada 2006, Institut Max Planck untuk Penyelidikan Pertanian di Cologne mendapati bahawa leluhur sepunya bagi 68 jenis bijiran masa kini masih tumbuh sebagai tumbuhan liar di lereng-lereng Gunung Karaca (Karaca Dağ) yang terletak dalam lingkungan dekat Çayönü.

Robert Braidwood menulis bahawa "memandangkan unit HA boleh dianggap mewakili kesemua pendudukan prasejarah utama di Cayonu, maka tumbuhan emer yang ditanam di samping tumbuhan einkorn terdapat dari subfasa terawal."[1]