Biografi Łukasz_Szumowski

Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1972 di Warsaw. Pada tahun 1997, beliau menamatkan pengajian di Universiti Perubatan Warsaw,[5] lalu kemudian bekerja di Institut Kardiologi di osiedle (pekan) Warsaw Anin,[6] di mana beliau menerima gelaran kedoktoran pada tahun 2002.[7] Habilit pada 26 Januari 2010.[7] Pada 2 Jun 2016 beliau menerima gelaran Profesor Sains Perubatan.[7] Pada 24 November 2016, beliau menjadi setiausaha bawahan di Kementerian Sains dan Pengajian Tinggi, yang diarahkan oleh Jarosław Gowin pada masa itu.[8] Beliau juga bertanggungjawab mewujudkan Institut Bioteknologi Perubatan.[9] Pada 9 Januari 2018, beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan oleh Andrzej Duda atas cadangan Mateusz Morawiecki.[1] Beliau menggantikan Konstanty Radziwiłł. Dalam pilihan raya parlimen Poland 2019, beliau memenangi kerusi parlimen untuk Sejm.[4] Szumowski ialah Menteri Kesihatan terkini semasa pandemik COVID-19 di Poland.[10]

Penerbitan

Szumowski ialah pengarang banyak penerbitan perubatan,[7] dan merupakan ketua penyunting "Heartbeat Journal".[11]

Rujukan

WikiPedia: Łukasz_Szumowski http://www.heartbeatjournal.com/Editorial-Board,26... http://isni.org/isni/0000000111735887 http://oplatekmaltanski.org/podziekowanie-sponsoro... http://naukawpolsce.pap.pl/aktualnosci/news,412151... https://viaf.org/viaf/162546509 https://www.wikidata.org/wiki/Q47151909# https://www.worldcat.org/identities/viaf-162546509 https://deon.pl/po-godzinach/ludzie-i-inspiracje/l... https://wiadomosci.gazeta.pl/wiadomosci/7,114883,2... https://www.gosc.pl/doc/6213833.Ania-i-Lukasz-Szum...