10 Cloverfield Lane ialah filem seram psikologi cereka sains Amerika Syarikat 2016 arahan Dan Trachtenberg dalam arahan pertamanya, diterbitkan oleh
J. J. Abrams dan Lindsey Weber dan ditulis oleh Josh Campbell, Matthew Stuecken dan
Damien Chazelle. Filem ini dibintangi oleh
Mary Elizabeth Winstead,
John Goodman, dan
John Gallagher Jr. Ia merupakan siri kedua dalam francis Cloverfield. Cerita ini mengisahkan seorang wanita muda, selepas kemalangan kereta, bangun di bawah tanah dengan dua orang lelaki yang menegaskan bahawa peristiwa itu telah meninggalkan permukaan bumi yang tidak dapat didiami.Filem ini dibangunkan dari skrip bertajuk The Cellar, tetapi di bawah terbitan oleh
Bad Robot, ia berubah menjadi pengganti rohani untuk filem 2008,
Cloverfield. Ia dibentangkan dalam naratif orang ketiga, berbeza dengan gaya pendahulunya. Penggambran dijalankanndi bawah tajuk Valencia in
New Orleans,
Louisiana dari 20 Oktober hingga 15 Disember 2014.10 Cloverfield Lane ditayangkan di
Bandar Raya New York pada 8 Mac 2016 dan dikeluarkan di negara-negara terpilih pada 10 Mac. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 11 Mac 2016, dalam format konvensional dan
IMAX. Filem ini mendapat ulasan positif, dengan banyak memuji persembahan pelakon, serta suasana filem yang mengasyikkan; ia mencecah $110 juta di seluruh dunia.