Edik Praetoria yang paling salih dikodifikasi oleh Salvius Julianus atas perintah Hadrian. Perubahan-perubahan yang dibuat oleh edik ini bermaksud bahawa dekri-dekri Senat kini hanya merupakan suatu pengesahan untuk ucapan-ucapan diraja (oratio principis) yang memulakannya.
Penyusunan semula Majlis Diraja: pentadbiran pusat diperkukuh, dan jawatan-jawatan pentadbiran diberikan kepada kesatria-kesatria menurut hierarki yang amat ketat.
Di bawah penyusunan semula, Senat Rom tidak dibenarkan mengawal sebarang hal ehwal negara.
Itali dibahagikan kepada daerah-daerah perundangan yang diurus oleh para konsul. Ini merupakan satu tamparan yang hebat terhadap kuasa dan prestij Senat.
Mengikut topik
Agama
Edik Hadrian mengharamkan amalan pengkhatanan. Selain itu, Hadrian juga mengharamkan pembacaan kitab Torah di khalayak ramai, semua perayaan Yahudi dan hari Sabat, pengajaran Hukum agama Yahudi, serta pentahbisanrabai, dengan mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang mencabuli ediknya.