11 Januari-6 Mei - Loteri pertama yang direkodkan di England diadakan tanpa berhenti di pintu barat Katedral St. Paul. Harga setiap tiket ialah 10 syiling, dan wang itu digunakan untuk memperbaik pelabuhan dan kerja raya yang lain.
10 Jun - Angkatan tentera Prostestan Jerman memperkuat Coligny dekat Limoges.
Julai - September - Angkatan tentera Huguenot di bawah Coligny serta Putera Henry dari Navarre yang ketika itu berumur 15 tahun mengepung Poitiers.
24 Ogos - Perang Orthez - Angkatan tentera Huguenot di bawah Gabriel de Montgomery menewaskan angkatan tentera setiaraja di bawah Jeneral Terride di Navarre Perancis. Orang-orang Katolik menyerah kalah atas syarat bahawa mereka tidak dibunuh. Orang Huguenot bersetuju tetapi kemudian melakukan pembunuhan beramai-ramai.
September - Angkatan tentera setiaraja di bawah Duc d'Anjou dan Marsyal Tavannes memaksa Coligny menghentikan pengepungan Poitiers.
3 Oktober - Perang Moncountour - Angkatan tentera setiaraja Tavannaes dan Anjou menewaskan Huguenot Coligny.