Am 15Malaysia

Menurut penerangan pihak penganjur 15Malaysia, semua 15 filem pendek yang disertakan dalam projek ini diselitkan isu-isu sosio-politik semasa, seperti isu rasuah, hubungan kaum, inflasi, perbankan Islam, ketakpedulian sosial, etika komersial, pedofilia, amaran kesihatan kerajaan dan lain-lain, kesemuanya berkisar tentang kehidupan harian rakyat Malaysia. Pengarah filem dipilih berdasarkan pengalaman dan pencapaian lalu masing-masing. Mengenai penglibatan ahli politik dalam projek ini, dinyatakan bahawa "memandangkan projek kami adalah filem mengenai Malaysia, kami berasa adalah bersesuaian untuk melibatkan wakil dari bidang politik," apapun pihak 15Malaysia menegaskan projek ini tidak bersifat politik dalam konteks politik parti.[1]

Kesemua 15 filem dimuat naik satu demi satu pada tarikh-tarikh keluaran (dinyatakan di bawah), di laman web rasmi 15Malaysia, laman sosial Ruums yang disediakan oleh P1, dan juga akaun RedbagMusic di YouTube. Dari laman web rasmi juga, penonton boleh memuat turun video-video terlibat secara percuma (Lihat Pautan luar).