1News
1News

1News

1News (juga disebut One News) ialah saluran televisyen dalam talian yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia bertindak sebagai alternatif dan pelengkap kepada siaran berita sedia ada di TV1 dan TV2. Selain memaparkan berita semasa dengan ringkas, 1News juga menyediakan program dokumentari, pertanian, maklumat masyarakat dan paparan tempat pelancongan untuk dikunjungi pelancong. 1News dilancarkan di Taylor's University, Subang Jaya oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.[1][2][3]