1_Litre_of_Tears
1_Litre_of_Tears

1_Litre_of_Tears

1 Litre no Namida (1リットルの涙, Ichi Rittoru no Namida, lit. "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears) merupakan drama TV Jepun untuk Fuji Television mengenai sebuah kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diter bitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.