Sinopsis 1_Litre_of_Tears

Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.

Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.

Reaksi

Para penonton memberikan dua reaksi berbeza. Sesetengah peminat mendapati bahawa drama ini cukup menyentuh perasaan mereka dan secara melawak menyatakan mereka telah menangis 1 liter air mata ("1 litre of tears")ketika menonton drama ini .

Sekumpulan penonton lain pula mengkritik drama ini kerana unsure romantik dalam drama ini tidak membabitkan adengan Aya dan Haruto bercium, memeluk antara satu sama lain, memegang tangan atau lain-lain adengan yang dikira boleh membangkitkan rasa romantik di kalangan penonton. Terdapat spekulasi menyatakan produser sengaja tidak menyelit adengan-adengan sebegitu untuk menonjolkan sikap dingin Haruto dan Aya yang tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan yang romantik.

Episod khas

Pada 5 April 2007, Fuji Television telah menyiarkan tiga jam khas siri untuk menceritakan kisah setengah tahun selepas pemergian Aya dengan memfokuskan kepada watak Haruto Asō yang telah menjadi seorang doctor di hospital yang sama tempat Aya mendapatkan rawatan dan juga Ako Ikeuchi iaitu adik Aya yang menjadi jururawat terlatih. Haruto bertemu dengan seorang pesakit yang berusia 14 tahun. Gadis itu sentiasa dibuli di sekolah dan mencederakan dirinya. Ia membuatkan Haruto mengenang kepayahan Aya berperang dengan penyakitkan dan hidup dalam keadaan dirinya yang kurang sempurna. Ini telah membantu Haruto agar memberi keyakinan dan galakan kepada pesakitnya itu.[1]