2AM
2AM

2AM

2AM ialah sebuah boy band di bawah JYP Entertainment asal Korea Selatan yang dianggotai oleh empat orang. Anggotanya ialah Jinwoon, Jo Kwon, Seulong, dan Changmin. 2AM merupakan kumpulan pecahan daripada boy band dengan sebelas anggota (sebelum Jaebeom keluar) One Day, yang lagi satu ialah 2PM. Debut rasmi mereka ialah pada 11 Julai 2008 di rancangan Music Bank KBS, mempersembahkan lagu debut mereka "This Song". Mereka memenangi Mutizen pertama mereka di Inkigayo pada 7 Februari 2010 menerusi "죽어도 못 보내 (Matipun Tak Mampu Kulepas)".