Anggota 2AM

  • Jo Kwon (조권), lahir (1989-08-28) 28 Ogos 1989 (umur 30), ialah ketua kumpulan serta penyanyi bagi kumpulan ini.[16] Dia telah dicungkil oleh Park Jin Young menerusi rancangan aneka SBS, 영재 육성 프로젝트 99%의 도전 (Projek Cabaran 99%) pada tahun 2001.[17]
  • Lee Changmin (이창민), biasa dikenali sebagai Changmin, ialah penyanyi utama dan rapper untuk kumpulan ini. Dilahirkan pada (1986-05-01) 1 Mei 1986 (umur 33)[16] dan salah seorang daripada sedikit idol yang telah menyudahkan khidmat tenteranya sebelum debut.[18]
  • Im Seulong (임슬옹), biasa dikenali sebagai Seulong, ialah penyanyi kumpulan ini. Dia lahir pada (1987-05-11) 11 Mei 1987 (umur 32).[16]
  • Jung Jinwoon (정진운), biasa dipanggil Jinwoon, ialah penyanyi dan rapper untuk kumpulan ini. Lahir pada (1991-05-02) 2 Mei 1991 (umur 28), dia merupakan anggota kumpulan termuda.[16]