Sejarah 2AM

Pradebut

Bersama anggota 2PM, 2AM muncul dalam dokumentari Hot Blood yang dikeudarakan di Mnet, yang mendokumentasikan program latihan mereka yang penuh disiplin di hari-hari pra-debut mereka. Changmin merupakan satu-satunya anggota One Day yang tiada dalam dokumentari tersebut kerana menyertai khidmat tentera ketika itu. Pada awalnya, Jinwoon disingkirkan dalam Hot Blood, namun disertakan bersama 2AM kerana Daehun menarik diri daripada JYPE. Jo Kwon berlatih selama 2567 hari, 7 tahun dan 10 hari selepas menyertai JYPE.

Debut 2008–2009

Single pertama 2AM, "이 노래", telah dilancarkan pada 21 Julai 2008. Persembahan debut mereka dibuat pada 11 Julai 2008, dengan lagu "이 노래 (Lagu Ini)".[1]

2AM membuat kemunculan semula dengan lagi satu album single, "Time For Confession", pada 19 Mac 2009 dengan "친구의 고백 (Pengakuan Teman)" sebagai runut judulnya.

2010-Kini: 1st Mini Album dan Saint o'Clock

Pada 21 Januari 2010, 2AM membuat kemuculan semula dengan album kedua "죽어도 못 보내", dengan runut promosi "죽어도 못 보내 (Matipun Tak Mampu Kulepas)". Dalam minggu sebelum pelancaran, JYP Entertainment mendedahkan empat cuitan pada akaun Youtube mereka. Pada 7 Februari 2010, 2AM memenangi anugeh Mutizen pertama mereka di Inkigayo semenjak debut. Kemenangan kedua mereka ialah pada 25 Februari 2010 di M! Countdown Mnet. Mereka memenangi Mutizen kedua mereka semasa hari terakhir promosi untuk "죽어도 못 보내" pada 7 Mac 2010.[2]

Pada 5 Mac 2010, 2AM mendedahkan potongan imej baharu mereka melalui laman web rasmi Jo Kwon, Changmin, Seulong, dan Jinwoon masing-masing bertukar menjadi DJ kelab, pemain hoki ais, penunggang motorsikal, dan pemain bola keranjang untuk video drama-muzik 10 minit baharu mereka. Album mini yang dipakejkan semula ini menampilkan empat lagu tambahan, tiga daripada single pertama dan kedua mereka serta satu lagu baru berjudul "잘못했어 (Ku Bersalah)", yang merupakan lagu promosi mereka. Seorang wakil menyatakan, “Lagu yang kami akan keluarkan ini adalah sesuatu yang 2AM tidak pernah tunjukkan sebelum ini dan ia adalah satu jenis muzik yang baru”.[3] Sebahagian lagu tersebut telah didedahkan semasa episod pertama rancangan realiti terbaharu 2AM iaitu 2AM DAY pada 10 Mac 2010[4] apabila para anggota 2AM menyanyikannya bersama-sama dalam kereta. Empat cuitan telah dikeluarkan untuk setiap ahli dari 12 hingga 14 Mac. Satu versi bocor bagi Bahagian 1 video muzik tersebut telah dikeluarkan pada 15 Mac, dirakam dengan kamera semasa pertunjukkan kereta api bawah tanah 2AM.[5] Album tersebut dikeluarkan pada 18 Mac 2010 dan "Ku Bersalah" memenangi M! Countdown Mnet pada 1 April 2010.

Dari 30 Jun 2010 hingga 20 Julai 2010, 2AM menjadi pembuka untuk Wonder Girls pada bahagian kedua Wonder Girls World Tour.[6] 2AM turut muncul dalam Made in Wonder Girls.[7]

Pada 26 Oktober 2010, 2AM mengeluarkan album penuh pertama mereka berjudul Saint o'Clock, dengan "전활 받지 않는 너에게 (Kepadamu Yang Tidak Menjawab Panggilan)" dan "미친 듯이 (Gila)" sebagai runut promosi.[8]

Jelajah

2AM membuat konsert pertama mereka dengan judul "Saint o'Clock" di Seoul bertempat di Universiti Korean, Hwajeong Gym dari 24 hingga 26 Disember 2010. 2AM mempersembahkan lagu-lagu meletup mereka seperti "Kepadamu Yang Tidak Menjawab Panggilan" dan "Gila" di konsert itu. 2AM juga mempersembahkan satu siri medley girl group contohnya seperti "So Hot" daripada Wonder Girls, "Hot Issue" daripada 4Minute dan "Bad Girl Good Girl" daripada miss A. Khalayak menggila apabila 2AM menari untuk "Bang!" daripada After School sedang mereka turut mengenakan pakaian pasukan sorak berwarna biru laut. Bagi pentas solo mereka, Changmin memukaukan khayalak dengan "Sex Bomb" daripada Tom Jones dan turut mengoyakkan bajunya. Seulong menarikan "Beautiful Monster" dan juga menunjukkan bahagian abdomennya yang berbentuk. Jinwoon mempersembahkan "Hysteria" daripada Muse dengan gitar elektriknya manakala Jo Kwon menarikan lagu meletup Lady Gaga, "Telephone". Antara jemputan semasa konsert tiga hari tersebut termasuklah B2ST, 8eight, Lim Jeong-hee (seorang penyanyi wanita pop dan r&b Korea Selatan), IU dan T-ara.

Sumbangan lain

2AM menerima sehingga $1 juta untuk iklan-iklan produk pada awal 2010,[9] termasuk Pepsi[10] dan BHC Chicken.[11] Turut diumumkan yang 2AM akan menjadi muka baru bagi kempen Dugeunduguen Tomorrow Samsung bersama Kara, menggantikan 4Tomorrow dalam 2009.[12]

Pada April 2010, mereka turut serta dalam muzik asal untuk drama bersiri Personal Preference dengan sebuah balada berjudul "바보처럼 (Macam Si Bodoh)",[13] yang turut menjadi hit nombor satu.[14]

2AM terpilih mewakili Asia dalam Listen Up! The Official 2010 Fifa World Cup Album dengan lagu berjudul "No. 1". Lagu tersebut telah dikeluarkan secara digital pada 19 Mei 2010.[15]