T-ara
T-ara

T-ara


T-ara (Bahasa Korea: 티아라, Bahasa Jepun: ティアラ, sering dikomersialkan sebagai T-ARA atau T♔ARA) ialah sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh Mnet Media pada tahun 2009. Sebelum mereka membuat kemunculan pertama mereka, perhatian yang tinggi diberikan oleh peminat muzik kerana mereka digelar Super Rookies dan telahpun menjalani latihan sebelum ini selama 3 tahun.[1]Bermula sebagai sebuah kumpulan dengan lima anggota, mereka muncul dengan lagu pertama mereka, "Good Person" untuk runut bunyi drama Korea, Cinderella Man pada April 2009. Dua bulan kemudian, Jiwon dan Jiae meninggalkan kumpulan ini, lantas mereka membuat kemunculan sulung sebagai kumpulan dengan 6 ahli setelah menambah Boram, Soyeon, dan Qri sebagai ahli baru pada bulan Julai 2009,[2] menampilkan single pertama mereka iaitu "Lies" (거짓말, Geojitmal).Album pertama mereka iaitu Absolute First Album dilancarkan pada bulan Disember 2009 dan mengandungi beberapa single yang menjadi hit termasuk "TTL (Time to Love)", "Bo Peep Bo Peep", dan "I Go Crazy Because of You" (너 때문에 미쳐, Neo Ttaemune Michyeo). Album itu kemudiannya disusuli dengan mini-album pertama mereka, Temptastic, pada tahun 2010. Mini-album kedua mereka iaitu John Travolta Wannabe (2011) telah menghasilkan lagu "Roly-Poly", yang dicalonkan untuk beberapa anugerah dan berjaya menduduki No.1 single terbaik tahunan dalam Carta Gaon. Kurang daripada enam bulan kemudian, T-ARA melancarkan mini-album ketiga mereka iaitu Black Eyes (2011), yang mengandungi 3 single yang menjadi hit: "Cry Cry", "We Were in Love" (우리 사랑했잖아, Uri Saranghaetjanha) dan "Lovey-Dovey".Pada tahun 2011, T-ARA menandatangani kontrak yang bernilai $4.3 juta dengan syarikat pengurusan J-Rock untuk kemunculan pertama mereka dalam industri muzik Jepun, nilai yang tertinggi daripada semua kumpulan perempuan Korea yang membuat kemunculan pertama di Jepun.[3] Single pertama mereka merupakan remake lagu hit mereka pada tahun 2009 iaitu "Bo Peep Bo Peep". Lagu itu berjaya menduduki tangga pertama dalam carta mingguan Oricon dengan jumlah 49,712 salinan berjaya terjual,[4] sekaligus menjadikan mereka kumpulan perempuan Korea pertama yang membuat kemunculan pertama dalam industri muzik Jepun dengan begitu hebat sekali dalam sejarah carta itu.[5] T-ARA kemudiannya melancarkan album Jepun pertama mereka iaitu Jewelry Box pada tahun 2012, yang berjaya meraih tangga kedua dalam carta Oricon.[6]T-ARA telah menambah lagi dua ahli baru : Hwayoung pada Julai 2010, Areum pada Jun 2012. Ahli kesembilan telahpun dirancang untuk menyertai kumpulan ini iaitu Dani, mulai bulan Disember 2012  – walau bagaimanapun, kemunculan pertamanya dalam T-ARA ditunda sehingga waktu yang akan diberitahu dan dia telah dimasukkan ke dalam sub-unit T-ara N4 buat sementara waktu. Hwayoung kemudian meninggalkan kumpulan pada bulan Julai 2012. Areum meninggalkan T-ARA pada bulan Julai 2013, hanya satu tahun selepas menyertainya. T-ARA menggunakan sistem ketua bergilir di mana ahli yang berbeza daripada kumpulan itu dipilih sebagai ketua kumpulan setiap tahun, untuk memberikan kedua-dua kumpulan dan ahli-ahli individu peluang untuk berkembang ke arah yang baru.[7] Ketua kumpulan mereka yang terkini di bawah sistem ini ialah Qri.[8]

T-ara

Berasal dari Seoul, Korea Selatan
Pengkarya berkait Supernova, SeeYa, Davichi, Coed School, Gangkiz, T-ara N4, QBS, Speed, F-ve Dolls
Juga dikenali sebagai Tara, Tiara, T-ARA, T♔ARA
Syarikat rakaman
Laman sesawang
Ahli
Genre K-pop
Bekas ahli
Tahun aktif 2009-sekarang