Tarap

Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulit buah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.Bahagian dalam buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.