Menuai Tarap

Buah Tarap biasanya akan dituai tatkala ia masih lagi keras, dan ada juga yang dibiarkan untuk masak sehingga strukturnya menjadi benar-benar lembut. Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu kepada hijau kekuningan apabila masak. Buah Tarap biasanya akan terkopek sendiri apabila masak. Penuai akan memastikan kerja-kerja menuai dilakukan dengan begitu cermat dan teliti. Ini kerana buah tarap yang masak ranum berstruktur lembut dan kulitnya yang terbuka akan mudah jatuh apabila tangkai buahnya cuba dipusing dan dipulas. Buah tarap yang jatuh dari dahan yang tinggi akan mudah pecah sepenuhnya ke tanah sehinggakan buah tarap yang jatuh ke tanah seakan-akan hilang sepenuhnya.