Mangga
Mangga

Mangga

Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana. Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab-kitab Veda Hindu. Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Malayalam, maanga, dan dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'.

Rujukan

WikiPedia: Mangga http://www.plantnames.unimelb.edu.au/Sorting/Mangi... http://10netstreet.com/Mango_net/Cultivar_List.htm... http://www.cuisinecuisine.com/Mango%20Ice-Cream.ht... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/mango_ar... http://appft1.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?Sect1=P... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/fruits/mangga/mgote... http://www.horticultureworld.net/cultivars.htm http://www.horticultureworld.net/mango-researches.... http://www.crfg.org/pubs/ff/mango.html http://www.npr.org/templates/story/story.php?story...