Spesifikasi 3DO_Interactive_Multiplayer

Konsol 3DO dijana dengan cip mikropemproses RISC CPU ARM60 32-bit berkelajuan 12.5 MHz dan memiliki sejenis cip mikropemproses untuk pengiraan matematik serta dua cip mikropemproses grafik yang menjana permainan video menggunakan 16.7 billion warna serta mampu memaparkan video gerak penuh (FMV)[5]. Spesifikasi ini boleh dikatakan agak canggih pada ketika itu berbanding dengan spesifikasi dari konsol-konsol permainan video lain yang dikeluarkan pada masa itu. Konsol ini juga memilik cakera keras terbina yang digunakan untuk menyimpan data berkaitan permainan video.

Pada badan konsol ini terdapat hanya satu input untuk alat pengawal. Untuk memainkan permainan video yang memerlukan 2 pemain, alat pengawal kedua dicucuk pada input yang terdapat pada alat pengawal pertama[5].


Sistem teras
Cip mikropemprosesRISC CPU ARM60 32-bit berkelajuan 12.5 MHz
RAM2 MB
RAM video1 MB
Grafik dan suara
Palet warna16.7 billion warna
Resolusi skrin320px x 240px, 640px x 480px
Jenis audioStereo 16-bit, menyokong Dolby Surround