Sejarah 3DO_Interactive_Multiplayer

Pada tahun 1991, pengasas syarikat Electronic Arts Trip Hawkins membuka syarikat baru yang diberi nama 'The 3DO Company' di mana misi syarikat ini adalah untuk membina sebah platform yang interaktif dan berdasarkan kepada media CD-ROM. Berdasarkan kepada misi ini, beliau mengeluarkan idea mengenai sistem operasi yang mampu menjana grafik 3D, dan di situlah tercetusnya nama 3DO (Three-Dimensional Operating System) dan mereka akan menjual sistem ini kepada mana-mana pengeluar barang elektronik yang berminat[2].

Trip Hawkins menyatakan bahawa beliau cuba untuk berhubung dengan beberapa syarikat elektronik bagi membolehkan konsol 3DO dikeluarkan, termasuklah syarikat Panasonic dan Sony[3]. Namun begitu, pada ketika itu syarikat Sony sudah memulakan projek pembangunan konsol PlayStation dan menolak untuk mengeluarkan konsol 3DO ini. Panasonic pula bersetuju untuk mengeluarkan konsol 3DO dengan melancarkan model FZ-1 pada tahun 1993[4].

Platform 3DO yang dilesenkan kepada pengeluar merupakan platform terbuka kepada pembangun dan pengeluar yang tidak mempunyai ciri-ciri yang terhad kepada sesebuah kawasan. Platform ini juga tidak mempunyai ciri-ciri perlindungan data di mana ianya memudahkan penggodam melakukan cetak rompak permainan video untuk konsol ini[2].