Piawai 3GPP

Piawai 3GPP distrukturkan sebagai Lepasan dan oleh itu, sebarang perbincangan tentang 3GPP seringnya merujuk kepada kefungsian sesuatu lepasan atau yang lain.

VersiDiterbitkan [3]Maklumat
Lepasan 981998Lepasan ini dan lepasan-lepasan yang lebih awal menetapkan rangkaian-rangkaian pra-3G GSM
Lepasan 992000 Suku Tahun 1Menetapkan rangkaian-rangkaian 3G UMTS yang pertama yang menggabungkan antara muka udara CDMA [4]
Lepasan 42001 Suku Tahun 2Pada asalnya digelar Lepasan 2000 - ciri-ciri tambahan termasuk Rangkaian Teras Semua-IP [5]
Lepasan 52002 Suku Tahun 1Memperkenalkan IMS dan HSDPA [6]
Lepasan 62004 Suku Tahun 4Pengendalian bersepadu dengan rangkaian-rangkaian LAN Wayarles, dengan penambahan HSUPA dan MBMS, serta perluasan kepada IMS seperti Tolak untuk Berbual Melalui Telefon Bimbit (PoC) dan GAN [7]
Lepasan 7Sedang dijalankan (dijangka akan siap pada pertengahan 2007)Menumpukan pengurangan kependaman dan QoS serta perbaikan kepada penggunaan masa nyata seperti VoIP.[8] Spesifikasi ini juga akan menumpukan HSPA+ (Evolusi Capaian Bingkisan Kelajuan Tinggi), protokol kelajuan tinggi dan antara muka bahagian depan tanpa hubungan SIM (Komunikasi Medan Dekat yang membolehkan para operator memberikan perkhidmatan tanpa hubungan seperti Pembayaran Bimbit), serta Evolusi EDGE.
Lepasan 8 dan seterusnyaSedang dijalankan (dijangka akan siap pada 2009)E-UTRA, Rangkaian All-IP (SAE). Lepasan 8 merupakan pemfaktoran semula UTMS sebagai IP yang berasaskan rangkaian generasi keempat pada keseluruhannya.

Setiap lepasan menggabungkan ratusan dokumen piawaian yang berasingan, dengan setiap dokumen mungkin mengalami banyak semakan. Piawai3GPP yang terkini merangkumi semakan piawai GSM yang terkini. Rancangan 3GPP untuk masa hadapan selepas Lepasan 7 telah dimulakan di bawah judul Evolusi Jangka Panjang (LTE").

Dokumen-dokumen tersebut boleh didapati secara bebas dalam tapak web 3GPP. Sedangkan piawai 3GPP boleh membingungkan orang-orang baru, ia adalah amat lengkap dan terperinci, dan memberikan wawasan tentang bagaimana industri telefon bimbit berfungsi. Dokumen-dokumen itu bukan sahaja merangkumi bahagian radio ("Antara Muka Udara") dan Rangkaian Teras, tetapi juga tentang maklumat bil dan pengekodan pertuturan sehinga peringkat kod sumber. Aspek-aspek kriptografi (pengesahan, kerahsiaan) juga ditetapkan dengan terperinci. 3GPP2 memberikan maklumat yang serupa tentang sistemnya.

Berkaitan