Di Athens, Ephialtes, negarawan demokrasi, dan Pericles yang muda mencuba menyebabkan Kimon, pemerintah dikit, dipulaukan. Kimon dituduh oleh Pericles dan ahli-ahli politik demokrasi yang lain kerana menerima rasuah supaya tidak menyerang raja Macedon (yang disyaki membantu pemberontak-pemberontak Thasus secara terselindung). Walaupun Kimon dibebaskan daripada tuduhan itu, pengaruhnya ke atas penduduk-penduduk Athens merosot.
Themistocles yang berada dalam buangan, menemui Raja Artaxerxes I untuk meminta bantuan Parsi supaya membantunya mengembalikan kuasa di Athens. Artaxerxes tidak rela membantunya tetapi sebagai ganti, memberikannya jawatan satrap (gabenor) Magnesia.
Selepas pengepungan selama dua tahun, Thasos jatuh kepada Athens di bawah Kimon yang memaksa Thasus memusnahkan tembok-temboknya, menyerahkan kapal-kapal, serta membayar ganti rugi dan sumbangan tahunan kepada Athens.