Pericles
Pericles

Pericles

Pericles (Yunani: Περικλῆς, Periklēs, [pe.ri.klɛ̂ːs], 495 – 429 SM) ialah seorang negarawan, pemidato dan jeneral Yunani Purba ketika zaman kegemilangannya, yakni selepas Perang Yunani-Parsi hingga Perang Peloponesia.Pericles memiliki pengaruh yang ketara terhadap masyarakat Athens, sehingga digelar oleh sejarawa, Thucydides sebagai "rakyat pertama Athens".[1] Beliau menukarkan Liga Delos menjadi sebuah empayar Athens dan mengetuai rakyatnya ketika dua tahun pertama Perang Peloponesia. Zaman pemerintahannya dari 461 hingga 429 SM lazimnya digelar sebagai "zaman Pericles".Beliau memulakan sebuah rancangan besar yang mewujudkan sebahagian besar Akropolis, termasuk Parthenon. Rancangan ini memperindah ibu kota, mempamerkan kemegahannya dan mewujudkan pekerjaan kepada rakyat.[2] Beliau juga mengemangkan demokrasi Athens sehingga digelar sebagai seorang populis oleh pengkritik. Beliau meninggal dunia pada 429 SM bersama-sama ahli keluarganya dalam Wabak Athens.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Pericles http://www.nipissingu.ca/department/history/MUHLBE... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?lookup=... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070849935 http://content.cdlib.org/xtf/view?docId=ft2p30058m... http://isni.org/isni/0000000118277540 http://encyclopedia.jrank.org/PAS_PER/PERICLES_49o... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut...