Penerbitan 5_Jingga

Meskipun bertengahkan tema pasukan sorak, namun penerbit eksekutif drama ini, Low Ngai Yuen yang sendiri pernah menyertai pasukan sorak, menegaskan "Namun siri ini bukan semata-mata mengenai aktiviti sorak, tetapi lebih daripada itu. Sebagai remaja sekolah, pelbagai masalah dihadapi golongan ini. Daripada cinta, persahabatan, akademik dan sebagainya, mereka berdepan cabaran hidup sesuai dengan peringkat usia. Persoalan itulah juga yang cuba saya paparkan, menerusi latar kegiatan pasukan sorak."[1]

Setiap satu daripada 13 episod 5 Jingga akan mempunyai sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk siri ini. Sebahagian lagu dinyanyikan naib juara One In A Million musim kedua, Shila, manakala selebihnya dinyanyikan Raja Atilia Raja Haron dan Russell Curtis. Di kalangan barisan pelakon utama, Ainur Syakina sebagai pelakon utama termuda cuma berusia 13 tahun ketika itu; beliau ialah seorang lepasan Studio Bintang Kecil TV9.[1]