Plot 5_Jingga

Zal (Siti Saleha), Jed (Ainur Syakina Azman), Lianna (Hunny Madu) dan murid baru bernama Nik (Isma Hanum Husein) merupakan murid-murid kelas Tingkatan 5 Jingga; hubungan sesama mereka ada mesra dan ada juga dinginnya. Mereka berempat hendak menghabiskan tahun terakhir mererka di sekolah dengan jayanya, itupun susah kerana perlu menghadapi SPM, cinta monyet, cemburu dan lelaki di sepanjang jalan.

Zal merupakan seorang ketua pasukan sorak yang terpaksa memanjat lagi setelah terjatuh, setelah dicampak dari oleh musuh ketatnya Melly (Sasha Bashir). Dengan bantuan Jed dan Nik, mereka bertiga sama-sama menubuhkan sebuah pasukan baru untuk mencabar kewibawaan Melly, dan juga rintangan-rintangan lain seperti perhubungan dengan pelajar lelaki, kesulitan kewangan, ketidakpuasan pihak sekolah akan wujudnya dua pasukan sorak, dan lain-lain.

Di samping itu, terdapat juga hubungan cinta yang rumit apabila Nik dan Lianna jatuh hati pada jejaka yang sama iaitu Andi (Muhammad Ezhan Asman), begitu juga dengan Melly dan Jed terhadap Zaidi (Renaldo Scully).