5pb.

5pb. Inc. (株式会社5pb., Kabushiki gaisha 5pb.) ialah pengilang permainan video dan label rekod bagi permainan video dan muzik anime di Jepun. 5pb. ditubuhkan pada 6 April 2005[1] selepas Chiyomaru Shikura meninggalkan Scitron untuk memulakan syarikat itu sebagai pengarah eksekutif, kedudukan yang masih dia pegang. Nama syarikat berasal dari frasa "The Five powered & basics.". Syarikat ini terbahagi kepada dua bahagian, 5pb. Games untuk pengilangan permainan video, dan 5pb. Records untuk label rekod. 5pb. merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan TYO sehinggalah Shikura membeli hak yang tinggal dari Kumpulan TYO pada April 15, 2009.[2] Shikura bersama-sama memiliki 5pb. dengan AGOne, sebuah gabungan Dwango Jepun.[3]