Spesifikasi 720p

720p memakai nisbah aspek skrin lebar 16:9, iaitu leraian menegak 720 piksel dan leraian melintang 1280 piksel, menjadikan jumlah piksel kira-kira 921 ribu. Kadar bingkai (yang bersamaan dengan kadar segar semula) boleh dinyatakan melalui konteks atau ditetapkan dalam sukatan hertz selepas huruf p. Lima kadar bingkai 720p yang sering digunakan adalah 24, 25, 30, 50 dan 60 Hz (atau bingkai sesaat). Secara amnya, negara-negara tradisi PAL dan SECAM (Eropah, Australia, kebanyakan negara Asia, Afrika, dan sesetengah negara Amerika Selatan) sedang atau bakal menggunakan kadar bingkai 25p dan 50p, sementara negara-negara tradisi NTSC (Amerika Utara dan Tengah, Jepun, Korea Selatan) sedang menggunakan 24p (bagi filem wayang), dan 60p bagi rancangan pergerakan tinggi. Kesemua bentuk ini boleh diangkut melalui kedua-dua format televisyen digital utama, iaitu ATSC dan DVB.