Sejarah A-4_Skyhawk

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika Syarikat yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Ed Heinemann memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan. Hasilnya, pesawat A-4 Skyhawk ciptaan Ed Heinemann hanya separuh daripada berat yang ditetapkan oleh Tentera Laut dan buka sayapnya kecil sehingga tidak memerlukan sayapnya dilipat untuk simpanan dalam hangar kapal. Kelasakan pesawat ini memberikan jolokan "Scooter".

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Semasa penerbangan sulungnya pesawat A-4 Skyhawk didorong oleh enjin Curtiss-Wright J65-W-2 dengan tujahan 7,200 lb. Model pengeluaran A-4A menggunakan enjin-enjin J65-W-4 yang lebih berkuasa dengan tujahan 7,700 lb. pesawat pertama memasuki khidmat peringkat skuadron diserahkan kepada VA-72 dalam bulan Oktober 1956. Ketika dalam siri program ujian A-4A mencatatkan rekod kelajuan 695.163 bsj (1,112.260 kmj) melintasi litar tertutup sejauh 500 batu.

Model A-4B dilengkapkan dengan keupayaan mengisi minyak semasa penerbangan, dan beberapa pengingkatan kekuatan strukturnya. Model A-4C mempunyai peralatan radar di bahagian muncung dan sebuah kerusi lenting yang lebih baik. Model A-4E pula menggunakan enjin Pratt and Whitney J-52 dengan tujahan 8,500 lb yang lebih ekonomi dalam penggunaan bahan api, membolehkannya meningkatkan jarak penerbangan sebanyak 25%. Model TA-4 Skyhawk adalah versi latihan dengan dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ia digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.