A. Romzi dilahirkan di
Singapura pada tahun
1946. Beliau adalah salah satu penyanyi era
pop yeh yeh yang popular di tahun
1960an hingga
awal 1970an, selain turut membuat kemunculan semula di pertengahan tahun
1980an.Pada tahun
1967, A. Romzi membuat rakaman pertama bersama
kumpulan The Hooks The Hooks di bawah naungan syarikat
EMI Singapura. Empat lagu yang dirakam dalam rekod tersebut ialah
Dendang Remaja, Zunika, Menanti Dewi dan
Sengsara. Lagu
Dendang Remaja dan
Zunika telah mendapat sambutan hangat di kalangan para peminat dan kekal popular hingga kini.Di tahun itu juga, mereka diundang membuat persembahan oleh
Shaw Brothers' Malay Film Production dalam filem
A-Go-Go 67 di mana mereka menyanyikan lagu
Ratapanku. Lagu ini juga dimasukkan dalam sebuah rekod SP juga terbitan
EMI Singapura.Selepas dari itu, mereka menghasilkan
dua buah rekod EP keluaran
1968. Salah satu darinya mengandungi lagu bertajuk
Ada-Ada yang menimbulkan kontroversi apabila ia diharamkan daripada siaran
Radio Singapura pada
1970. Pengharaman siaran lagu itu berpunca daripada pelancaran
Kempen Anti Narkotik (ganja) oleh
Kementerian Kebudayaan Singapura, kerana dakwaan bahawa senikata lagu itu dikatakan "mengandongi unsor2 yang memuja penggunaan ganja"
[1]Mulai
1970, A. Romzi mula merakam dengan
Malaysian Musical Industries (MMI) bersama kugiran
The Wanderers. Selain membuat
satu EP solo, beliau juga merakam
tiga rekod EP dengan menyanyi berpasangan dengan
S. Roha. Lagu duet mereka, Usek-Mengusek Membawa Bahgia, mendapat sambutan hangat. Mereka akhirnya berumahtangga, namun jodoh mereka tidak panjang.Setelah menyepi lama, pada tahun
1986,
A. Romzi dipelawa merakam lagu duet bersama
Datuk Ramli Sarip di bawah label
WEA. Lagu mereka berdua,
Bukan Kerana Nama, mendapat sambutan hangat. Pada tahun berikutnya,
A. Romzi membuat album solo bersama
WEA, selain sebuah lagi album duet bersama seorang
penyanyi orang kurang upaya (OKU) penglihatan bernama
Suhaime Roa.Kemudian
A. Romzi menyepi lagi kerana mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan. Rakaman terakhir beliau ialah pada tahun
2001 bertajuk
Nada Solawah.Pada masa kini,
A. Romzi menetap di
Singapura.