Rekabentuk AH-1Z_Viper

AH-1Z menggabungkan penggunaan teknologi rotor baru dengan avionik ketenteraan, sistem-sistem persenjataan dan penderia elektro-optik yang ditingkat upaya dalam platfom persenjataan bersepadu. Ia keboleh-ikhtiar hidup yang dipertingkat dan boleh menjejak sasaran pada jarak jauh dan menyerangnya dengan menggunakan persenjataan tepat.[7]

Sistem rotor baru tanpa engsel dan galas untuk AH-1Z mempunyai 75% kurang komponen berbanding sistem bersambung empat bilah. Bilah-bilah ini dibuat daripada bahan komposit, yang mana boleh bertahan daripada balistik, dan terdapat sistem lipatan separuh automatik bagi penyimpanan di atas kapal penggempur amfibia.[7] Tunggul sayapn yang direka semula adalah lebih panjang, setiap satunya memiliki tenggekan tambahan untuk peluru berpandu seperti AIM-9 Sidewinder. Setiap sayap mempunyai dua stesyen lain untuk pod-pod roket 2.75” (70 mm) Hydra 70, atau pelancar untuk empat butir AGM-114 Hellfire. Radar Longbow juga boleh dipasangkan pada tenggekan pada hujung sayap.[5]

Sistem Avionik Bersepadu untuk model-Z telah dibangunkan oleh Northrop Grumman. Sistem ini termasuk dua buah komputer misi dan sistem kawalan penerbangan automatik. Setaip stesyen krew memiliki dua paparan kaca cecair pelbagai fungsi yang berukuran 8x6-inchi dan satu paparan LCD dwi-fungsi berukuran 4.2x4.2-inchi. Kelengkapan komunikasi menggabungkan radio integrasi RT-1824 Tentera Laut A.S, UHF/VHF, COMSEC dan modem dalam unit yang sama. Kelengkapan navigasi termasuk Sistem Navigasi Inersia GPS terbina dalam, sistem peta digital dan sub-sistem data kelajuan udara, yang mana membenarkan penghantaran senjata semasa helikopter terkatung-katung di udara.[8]

Krew pula dilengkapkan dengan sistem paparan dan bidikan lekapan helmet "Top Owl" dari Thales .[4] Top Owl memiliki keupayaan siang/malam 24-jam dan paparan binokular dengan penglihatan seluas 40°. Unjuran penutup cermin menyediakan gambaran pandang hadapan inframerah (FLIR) atau video. Peralatan ikhtiar hidup AH-1Z termasuk ‘’Hover Infared Suppression System’’ (HIRSS) bagi melindungi ekzos enjin, dispenser perlindungan diri, amaran radar, amaran peluru berpandu dan sistem amaran laser.[7]

Sistem bidikan sasaran dari Lockheed Martin menggabungkan penderia FLIR generasi ketiga. Sistem ini menyediakan bidikan pada waktu siang, malam atau dalam keadaan cuaca buruk. Sistem ini memiliki mod pandangan yang pelbagai dan boleh dijejak dengan menggunakan FLIR atau TV.[7]

Rujukan

WikiPedia: AH-1Z_Viper http://www.airforce-technology.com/projects/supcob... http://www.bellhelicopter.com/en/aircraft/military... http://www.bellhelicopter.com/en/aircraft/military... http://www.bellhelicopter.com/en/company/pressRele... http://www.bellhelicopter.com/en/company/pressRele... http://www.flightglobal.com/articles/2008/02/15/22... http://www.flightglobal.com/articles/2008/02/20/22... http://www.flightglobal.com/articles/2008/08/22/31... http://www.flightglobal.com/articles/2010/12/20/35... http://www.helis.com/Since80s/h_ah1z.php