Pembangunan AH-1Z_Viper

Aspek-aspek AH-1Z berhubung kait dengan Bell 249 pada 1979, yang mana asasnya adalah sebuah helikopter AH-1S yang dipasangkan dengan sistem rotor empat bilah daripada Bell 412. Rekabentuk Bell Cobra II telah dipertontonkan di Pertunjukan Udara Farnborough pada 1980. Cobra II akan dilengkapi dengan peluru berpandu Hellfire, sistem bidikan baru dan enjin yang dipertingkatkan. Kemudian timbul cadangan Cobra 2000 yang mana termasuk enjin General Electric T700 dan rotor empat bilah. Rekabentuk ini telah menarik minat Kor Marin A.S, akan tetapi ketiadaan dana telah membantutkan minat ini. Pada 1993, Bell telah mencadangkan versi AH-1W yang berasaskan program helikopter penyerang baru UK. Rekabentuk terbitannya, dinamakan sebagai CobraVenom, memaparkan kokpit digital moden dan boleh membawa peluru berpandu TOW, Hellfire atau Brimstone. Rekabentuk CobraVenom telah diubah pada 1995, dengan menukar ke sistem rotor empat bilah. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, rekabentuk helikopter ini telah kalah dalam saingan kepada AH-64D.[5]

Pada 1996, Kor Marin A.S telah melancarkan program tingkat upaya H-1 dengan menandatangani kontrak dengan Bell Helicopter untuk menaik taraf 180 buah helikopter AH-1W kepada versi AH-1Z dan menaik taraf 100 buah UH-1N kepada UH-1Y.[5][6] Program H-1 pada keseluruhannya telah mencipta satu helikopter utiliti dan penyerang moden yang berkongsi banyak persamaan bagi mengurangkan kos operasi. AH-1Z dan UH-1Y berkongsi joran ekor, enjin, sistem rotor, barisan pemacu, seni bina avionik, perisian, kawalan dan paparan yang sama bagi lebih 84% komponen-komponen serupa.[7]

Bell telah turut serta dalam pasukan ujian gabungan bersama Bell-Kerajaan A.S semasa fasa pembangunan kejuruteraan pengeluaran program H-1. Kemajuan program AH-1Z adalah perlahan dari 1996 hingga 2003 kerana penyelidikan dan pembangunan operasi.[5] Sistem rotor dua bilah separuh kaku dan tidak tetap sedia ada akan digantikan dengan sistem rotor empat bilah, tanpa engsel dan tanpa galas yang baru. Penambahbaikan dalam ciri-ciri penerbangan yang disumbangkan oleh konfigurasi rotor empat bilah akan meningkatkan lingkungan penerbangan, kelajuan maksimum, kadar panjat menegak, muatan beban dan menurunkan tahap getaran rotor.[8]

AH-1Z berjaya membuat penerbangan sulung pada 8 Disember 2000. [9] Tiga prototaip telah diserahkan kepada Perintah Sistem Udara Tentera Laut di Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River pada Julai 2002 untuk fasa ujian penerbangan. Pengeluaran awal berskala rendah bermula pada Oktober 2003,[5] dengan penghantaran dijangka akan dilakukan sehingga 2018. [10] Pada 15 Oktober 2005, Kor Marin A.S melalui Perintah Sistem Udara Tentera Laut telah menerima penghantaran pertama helikopter AH-1Z yang akan mula memasuki perkhidmatan.[11]

AH-1Z telah melengkapkan ujian penerbangan di laut pada Mei 2005. [12] Semasa suku pertama 2006, helikopter ini telah ditukarkan ke Unit Ujian Operasi di NAS Patuxent River, di mana ujian penilaian operasi bermula. [13] Pada Februari 2008, Bell menerima kontrak untuk 40 buah terakhir helikopter AH-1Z yang akan dibina menggunakan kerangka baru bertentangan dengan rancangan awal yang akan menggunakan kerangka AH-1W yang diperbaharui.[14] Pada bulan yang sama juga, AH-1Z dan UH-1Y memulakan bahagian kedua dan terakhir bagi ujian penilaian operasi.[15]

Bell telah menyerahkan AH-1Z pada 8 Februari 2008. Keputusan untuk pengeluaran berskala penuh dijangka akan dibuat kemudian pada 2008.[16] Pada September 2008, Tentera Laut A.S yang membeli helikopter ini untuk Kor Marin A.S akan mencadangkan tambahan 46 buah helikopter AH-1Z yang mana akan menjadikan jumlahnya sebanyak 226. Helikopter tambahan ini akan dimohon semasa tahun kewangan 2010.[17]

Rujukan

WikiPedia: AH-1Z_Viper http://www.airforce-technology.com/projects/supcob... http://www.bellhelicopter.com/en/aircraft/military... http://www.bellhelicopter.com/en/aircraft/military... http://www.bellhelicopter.com/en/company/pressRele... http://www.bellhelicopter.com/en/company/pressRele... http://www.flightglobal.com/articles/2008/02/15/22... http://www.flightglobal.com/articles/2008/02/20/22... http://www.flightglobal.com/articles/2008/08/22/31... http://www.flightglobal.com/articles/2010/12/20/35... http://www.helis.com/Since80s/h_ah1z.php