Pembangunan AIDC_F-CK-1_Ching-kuo

Pencarian awal bagi mengantikan angkatan pesawat F-5 dan F-104 milik Tentera Udara Taiwan bermula dengan projek pesawat pejuang tempatan XF-6, kemudiannya dinamakan Ying Yang, pada penghujung 1970-an. Setelah A.S mewujudkan hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China dan mengakhiri Perjanjian Pertahanan Bersama dengan Taiwan, Presiden Chiang Ching-Kuo telah memutuskan untuk membesarkan industri pertahanan tempatan dan pada 28 Ogos, 1980, telah mengarahkan AIDC untuk mereka sebuah pesawat pejuang berkelajuan tinggi buatan tempatan. Asalnya, Tentera Udara Taiwan memberi keutamaan projek XF-6 selepas program pesawat penyerang XA-3 Lei Ming kerana percaya projek XF-6 berisiko tinggi.[2]

Persetujuan Kenyataan Bersama di antara A.S dengan Republik Rakyat China pada 1982, yang mana menghadkan penjualan senjata kepada Taiwan, telah menamatkan kemungkinan Tentera Udara Taiwan untuk memperoleh pesawat F-16 atau F-20, oleh itu memastikan kesinambungan projek pesawat pejuang buatan tempatan. Walaupun Presiden Ronald Reagan keberatan untuk menerima cadangan para penasihatnya berkenaan pembinaan hubungan dengan Republik Rakyat China bagi menentang Kesatuan Soviet, Reagan memutuskan untuk mengimbangi Kenyataan Bersama Amerika Syarikat-China 1982 dengan Persetujuan "Enam Jaminan" dengan Taiwan. Ini telah membuka pintu bagi memindahkan teknologi dan bantuan kepada industri pertahanan Taiwan, termasuk projek IDF.

Rujukan

WikiPedia: AIDC_F-CK-1_Ching-kuo http://home.businesswire.com/portal/site/google/in... http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/20... http://tw.news.yahoo.com/article/url/d/a/070120/4/... http://news.yam.com/cna/politics/200703/2007032707... http://www.milavia.net/aircraft/ching-kuo/ching-ku... http://www.globalsecurity.org/military/world/taiwa... http://www.taiwanairpower.org/af/idf.html http://www.aidc.com.tw/AIDCsite/twn4/twn4_1a.htm http://www.aidc.com.tw/AIDCsite/twnpub/news.asp?Sn... http://www.aidc.com.tw/aidcsite/eng/eng5-1a.asp