Kelainan AIDC_F-CK-1_Ching-kuo

Pandangan hadapan pesawat F-CK-1A

F-CK-1 A/B An Hsiang

Ujian penerbangan sulung berjaya dilakukan oleh FSD A1 pada 28 Mei, 1989. Versi dua tempat duduk, FSD B1, pula telah membuat penerbangan sulung pada 10 Julai, 1990.[3] Penembakan peluru berpandu udara ke udara Tien-Chien II (Sky Sword II) pula berjaya dilakukan pada 1992, dan Tentera Udara Taiwan mewujudkan skuadron pertama pesawat F-CK-1 pada tahun berikutnya.

Pesanan awal Tentera Udara Taiwan bagi 250 buah pesawat telah dikurangkan kepada 130 buah pada 1991, berikutan perjanjian pembelian 150 buah pesawat F-16 Blok 20 A/B dan 60 buah Dassault Mirage 2000-5E/F dengan Amerika Syarikat dan Perancis. Pesawat IDF A/B terakhir dikeluarkan pada 1999.[1]

F-CK-1 C/D Hsiang Sheng

Kementerian Pertahanan Kebangsaan (KPK), Taiwan mengumumkan bermula pada 2001, kerajaan akan memperuntukkan belanjawan baru bagi rancangan meningkat upaya pesawat IDF (sepertimana dalam lima cadangan KPK untuk membantu AIDC).Lima cadangan tersebut adalah:

  1. Program tingkat upaya pesawat-pesawat AT-3, IDF, dan F-5 pada masa depan akan diberikan pada AIDC.
  2. Helikopter Utiliti Tentera Darat, pesawat ASW jarak jauh untuk Tentera Laut Taiwan, helikopter untuk Tentera Marin, dan pesawat pengangkut Tentera Udara akan dikeluarkan dan dipasang oleh firma-firma tempatan yang berkelayakan dengan kerjasama firma-firma luar negara yang pada asalnya mengeluarkannya.
  3. CSIST dan AIDC akan secara bersama menubuhkan pasukan untuk membuat perancangan awal bagi perolehan pesawat pejuang generasi baru untuk Tentera Udara Taiwan, bagi menilai kaedah-kaedah perolehan dan konsep cadangan.
  4. Kerjasama bersama antara AIDC dengan firma-firma luar negara atau bersekutu dengan firma-firma tempatan akan diberi keutamaan dalam perkhidmatan dan peyelenggaraan pesawat ketenteraan.
  5. Pada masa depan, pihak tentera akan diberi tanggungjawab untuk ujian penerbangan sistem senjata, latihan peperangan elektronik, menunda dron-dron udara, penyelenggaraan avionik, dan rancangan perolehan persenjataan kepada AIDC, dalam situasi di mana AIDC memiliki keupayaan professional manakala pihak tentera pula tidak memilikinya.[4] Ini merupakan sebahagian dari rancangan penyelidikan dan pembangunan tujuh tahun pesawat IDF C/D (TK2001~TK2007), yang mana memperuntukan DT 10 juta setiap tahun yang berjumlah DT 70 juta untuk kedua-dua CSIST dan AIDC. Laporan awal media menyatakan pesawat IDF yang ditingkat upaya akan dikenali sebagai "Platfom Langkah balas Bersama".[5]

Semasa temuramah dengan Jane's Defence Weekly pada 2006, bekas Pengerusi AIDC Sun Tao-Yu telah mengatakan bahawa dua buah pesawat prototaip baru telah dikeluarkan. Pesawat prototaip yang telah dipertingkat upaya ini akan membolehkan IDF untuk membawa tambahan 771 kg bahan api. Sebagai tambahan, ia juga termasuk sut avionik ditambahbaik, pemasangan semula keupayaan peperangan elektronik, dan sistem persenjataan terbaru. Giar pendaratan juga telah diperkukuhkan untuk menempatkan muatan dan bahan api tambahan, akan tetapi rancangan untuk fiuslaj halimunan menyerap radar dielectrik telah digugurkan atas kebimbangan faktor terlebih berat. Projek ini terdiri daripada tiga fasa iaitu:

  1. Meningkatkan keupayaan untuk membawa peluru berpandu udara ke udara BVR TC-2 Sky Sword daripada dua buah kepada empat buah. Mengintegrasikan peluru berpandu anti radar TC-2A dan bom berangkai Wan Chien.
  2. Meningkat upaya komputer-komputer misi, pertahanan diri melawan electronik, system peperangan electronik, sistem Pengenalan Kawan atau Musuh (AIFF) aktif dan radar permukaan bumi.
  3. Ujian udara dan darat. Sekiranya program ini diluluskan, perkhidmatan dijangka akan bermula pada 2010.[6][7]

Kontrak pembangunan untuk meningkat upaya computer kawalan penerbangan bagi pesawat IDF C/D telah dianugerahkan kepada BAE System pada 2002. Komputer ini memiliki pemproses berasaskan PowerPC 32-bit dengan pemprosesan / pengiraan yang lebih pantas, kebolehpercayaan tinggi, dan integrasi lebih baik dengan sistem avionik. AIDC mengatakan penambahbaikan pada komputer sistem penerbangan akan menjadikan pesawat lebih selamat dan berkeupayaan tinggi ".[8]

Pada awalnya AIDC merancang untuk melancarkan prototaip pesawat IDF C/D semasa Hari Kebangsaan, iaitu 10 Oktober, 2006.[9] Bagaimanapun, ujian penerbangan sulung pesawat IDF yang ditingkat upaya dilaporkan berjaya dilaksanakan lebih awal dari dijadualkan pada awal Oktober.[10] Keputusan untuk mengeluarkan pesawat belum lagi diumumkan. Bagaimanapun, beberapa media telah membuat spekulasi berkenaan penamatan projek Hsiang Sheng, disebabkan oleh minat Tentera Udara Taiwan baru-baru ini untuk memperoleh pesawat F-16 Blok 50/52 dan ketidak yakinan beberapa pegawai Tentera Udara Taiwan dalam projek tingkat upaya pesawat IDF.[11][12]

Semasa lawatan ke kilang AIDC di Taichung Shalu pada 27 Mac, 2007, Presiden Chen Shui-Bian telah menyaksikan ujian penerbangan F-CK-1D, dan telah mengumumkan pesawat IDF yang ditingkat upaya akan dinamakan sebagai Hsiung Ying (Brave Hawk), yang mana menandakan pesawat pejuang baru akan mempertahankan negara sama seperti Crested Goshawk.[13]

Sehingga Januari 2008, 70 buah F-CK-1 A/B akan diperuntukan untuk ditingkat upaya ke F-CK-1 C/D, berdasarkan beberapa pegawai AIDC dan Tentera Udara Taiwan, dua buah pesawat pertama F-CK-1 C telah diserahkan kepada Tentera Udara Taiwan pada Disember 2007.

Pesawat pejuang latihan lanjut IDF

Pandangan kokpit F-CK-1C/D.

Berdasarkan media, konsep pesawat latihan AIDC IDF akan melibatkan penanggalan radar kawalan tembakan dan system-sistem pertempuran dan mengekalkan kawalan penerbangan di kerusi belakang, oleh itu pesawat IDF hanya akan digunakan sebagai pesawat pejuang latihan lanjut (LIFT). Tentera Udara Taiwan seolah-olah bersetuju dengan konsepnya, bagaimanapun, ia bermakna pesawat IDF LIFT tidak boleh digunakan semasa dalam peperangan.[14] Surat dari KPK mengatakan, "Berdasarkan laporan akhbar berkenaan keinginan AIDC untuk menggunakan pesawat pejuang IDF sebagai asas bagi pembangunan pesawat latihan supersonik, ia hanya merupakan konsep rancangan operasi syarikat. Pada masa ini, Kementerian Pertahanan Kebangsaan dan Tentera Udara tidak mempunyai rancangan tersebut". Surat itu juga mengatakan disebabkan kekangan peruntukan belanjawan Tentera Udara Taiwan akan meminta AIDC untuk memanjangkan jangka hayat pesawat latihan AT-3 dan menyambung penggunaan pesawat F-5 yang berperanan sebagai LIFT.[15] Pada 2003, bekas Pengerusi AIDC Chairman Huang Jung-Te berkata AIDC masih berharap Tentera Udara Taiwan mempertimbangkan untuk menggunakan versi asas pesawat IDF untuk peranan LIFT, dan konsep sebegini hanya bernilai serendah AS$ 16 juta seunit, dibandingkan dengan pesawat T-50 yang bernilai AS$ 19 juta.[16] Bagaimanapun, pengubahsuaian pesawat F-CK-1 LIFT atau konsep pesawat pengeluaran baru tidak pernah menerima dana atau kelulusan daripada pihak kerajaan.

Pada Mei 2006, Lt. Jeneral Cheng Shih-Yu memberi keterangan akan rancangan KPK untuk menghentikan penggunaan pesawat F-5E/F sebelum 2010 dan membenarkan pesawat IDF yang berada dalam perkhidmatan untuk mengambil alih misi-misi latihan.[17] Tidak dapat dipastikan jenis-jenis pengubahsuaian (sekiranya ada) yang akan dibuat ke atas pesawat IDF setelah pesawat ini menjadi sebuah pesawat latihan.

Harus diingatkan bahawa, kesemua juruterbang Tentera Udara Taiwan yang terpilih telah dihantar ke Amerika Syarikat dan Perancis untuk menerima latihan bagi pesawat pejuang F-16 Blok 20 dan Mirage 2000-5, juruterbang-juruterbang ini mesti telah menerbangkan pesawat IDF/F-CK-1 sekurang-kurangnya selama 6 bulan, yang mana menjadikan pesawat IDF berfungsi sebagai sebuah pesawat LIFT kecuali pada namanya.

Pesawat pejuang pertahanan termaju

Terdapat beberapa konsep awal untuk pembangunan lanjut projek IDF. Setelah versi asas IDF dimuktamadkan, kemungkinan langkah seterusnya penambahbaikan sistem-sistem, teknologi-teknologi baru, dan pengubahan bahan-bahan dan berat. Kemudian, versi termaju pesawat IDF seterusnya akan melalui pengubahsuaian konfigurasi, penambahbaikan keupayaan, teknologi-teknologi terkini, bahan-bahan baru, dan penggunaan persenjataan terkini. Akhirnya, rekabentuk generasi baru akan dilakukan. Bagaimanapun, ini hanya merupakan cadangan di atas kertas semata-mata, dan berlegar-legar dalam lingkungan AIDC.

Rujukan

WikiPedia: AIDC_F-CK-1_Ching-kuo http://home.businesswire.com/portal/site/google/in... http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/20... http://tw.news.yahoo.com/article/url/d/a/070120/4/... http://news.yam.com/cna/politics/200703/2007032707... http://www.milavia.net/aircraft/ching-kuo/ching-ku... http://www.globalsecurity.org/military/world/taiwa... http://www.taiwanairpower.org/af/idf.html http://www.aidc.com.tw/AIDCsite/twn4/twn4_1a.htm http://www.aidc.com.tw/AIDCsite/twnpub/news.asp?Sn... http://www.aidc.com.tw/aidcsite/eng/eng5-1a.asp