ASCII
ASCII

ASCII

ASCII (kep. "American Standard Code for Information Interchange", BM: "Kod Piawai Amerika untuk Pertukaran Maklumat") adalah satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet. Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standards Institute (ANSI).Dalam fail yang menggunakan kod ASCII, setiap aksara (angka, abjad dan simbol khas) diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor perduaan yang terdiri daripada rentetan tujuh '0' atau '1'. Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan tambahan 128 aksara lanjutan.
Semua komputer atau peralatan yang mempunyai konfigurasi yang hampir serupa yang di bawa masuk ke dalam senarai peralatan kerajaan Federal pada dan selepas 1 Julai 1969 hendaklah mempunyai kemampuan untuk menggunakan Kod Piawai untuk kegunaan Perkongsian maklumat dan format piawai untuk pita magnetik dan pita kertas jika bahan ini akan digunakan.—Lyndon B. Johnson, Memorandum Kelulusan pengambilan Kod Piawai oleh Kerajaan Federal bagi tujuan Perkongsian Maklumat pada 11 Marc 1968 di Gerhard Peters (ed.) Projek Presiden Amerika,