Pengenalan ASCII

Seperti kod-kod komputer yang lain, ASCII memberikan rujukan yang spesifik kepada susunan bit digital dan juga glyph (contohnya simbol) untuk sebuah bahasa penulisan. Ini membolehkan peralatan digital berkomunikasi antara satu sama lain untuk memproses, menyimpan dan berkomunikasi menggunakan maklumat berdasarkan simbol.Proses "encode" Kod ASCII [1]- atau "compatible extension" - digunakan hampir di setiap komputer umum, terutama komputer peribadi dan pusat pekerjaan. Nama MIME yang digunakan untuk proses "encode" ini adalah "US-ASCII".".[2]


Walaupun pengecualian kepada beberapa Kod Kawalan ASCII yang menggunakan format berdasarkan barisan,ko ASCII tidak ditakrifkan di mana-mana mekanisma untuk takrifan kepada struktur atau penampilan sesebuah perkataan didalam sebuah dokumen. Skema lain seperti bahasa markup, alamat dan format dokumen.

Kod ASCII adalah kod tujuh bit, ini bermakna ia menggunakan susunan tujuh angka binari dari angka desimal 0 hingga 127 untuk mewakili setiap simbol. Sewaktu kod ASCII diperkenalkan, banyak komputer pasa masa itu menggunakan lapan-bit bait ( kumpulan bit, yang dikenali sebagai Oktet, sebagai unit terkecil untuk data. Di dalam kod ASCII tujuh-bit, bit ke-8 biasanya digunakan sebagai bit pariti untuk memeriksa jika terdapat sebarang kesalahan didalam talian komunikasi atau untuk fungsi peralatan yang lain. Mesin yang menggunakan pemeriksaan pariti biasanya akan menetapkan bit kelapan kepada 0.[3]


Institut Piawai Nasional Amerika ( the United States of America Standards Institute atau USASI) telah membangunakan kod ASCII merujuk kepada sistem enkod mesin telepencetak terdahulu. Di dalam linkungan tahun 1956an, Ivan Idelson di Ferranti di UK, telah memulakan penggunaan kod Cluff-Foster-Idelson diatas 7 pita kertas perentas untuk komuniti BSI. Kod ini telah menjadi kod ASCII. Kod ASCII sendiri telah buat pertama kalinya digunakan secara komersil pada tahun 1963 sebagai kod tujuh-bit untuk telepencetak yang digunakan oleh rangkaian American Telephone & Telegraph's TWX (Teletype Wide-area eXchange). TWX pada asalnya menggunakan kod lima-bitkod Baudot, yang juga digunakan oleh syarikat pencabar meraka iaitu sistem Telex telepencetak. Sistem Belll telah merancang untuk menaik taraf ke kod enam-bit sehubungan daripada projek Fieldata, yang telah memuatkan tanda kata nama dan juga huruf kecil ke dalam kod Baudot. Namun telah dipujuk untuk memasuki Pertubuhan Standard Amerika ( merupakan cabang dari Institut Standard Nasional Amerika ANSI) sebagai salah satu daripada rangkaian komiti yang telah memulakan pembangunan kod ASCII.[perlu rujukan]

Jika dibandingkan dengan kod telegraf terdahulu, seperti contoh kod Bell dan kod ASCII, kedua-duanya telah melalui susunan semua untuk kesesuaian penyusunan kod terutama dari segi abjab di dalam sebuah senarai. Selain itu, terdapat tambahan beberapa fungsi kepada peralatan lain selain telepencetak. Bob Bemer telah memperkenalkan fungsi baru seperti contoh aturan escape.[perlu rujukan] Rakannya Hugh McGregor Ross telah membantu untuk memperkenalkan hasilnya itu mengikut kata Bemer, "kod ASCII yang asal adalah dikenali sebagai kod Bemer-Ross di Eropah".[perlu rujukan]

Kod ASCII telah dikemaskini dari masa ke semasa dan telah dicetak sebagai USASI X3.4-1968, ANSI X3.4-1977, dan akhirnya ANSI X3.4-1986.

Pertubuhan-pertubuhan Piawai Antarabangsa yang lain telah memperkenalkan kod-kod lain seperti ISO 646, dimana kod ini mempunyai banyak persamaan dan hampir sama dengan kod ASCII, dengan penambahan untuk beberapa simbol yang digunakan oleh kawasan atau negara-negara tersebut di mana tidak terdapat di dalam abjab Inggeris, selain simbol-simbol matawang seperti contoh Matawang United Kingdom yang menggunakan Pound Sterling (£). Walaupun kod-kod ini kadangkalanya merujuk kepada ASCII, namun ASCII yang asli adalah mengikut piawaian ANSI.


Kod ASCII telah dimasukkan didalam penggantinya unikod sebagai simbol 128 dan kebawah.