ASUS

ASUSTeK Computer Incorporated (Asus) (Cina Tradisional: 華碩電腦股份有限公司)[1] adalah syarikat beribu pejabat di Taiwan yang menghasilkan papan induk, kad grafik, storan optik, pembantu peribadi digital, komputer riba, pelayan (komputer), produk perangkaian, telefon bimbit, dan komponen komputer lain. Dikenali dengan Asus, syarikat ini tersenarai di London Stock Exhange dan Taiwan Stock Exchange.Asus diasaskan pada tahun 1989 di Taipei, Taiwan oleh TH Tung, Ted Hsu, Wayne Hsieh and MT Liao - keempat-empat mereka adalah jurutera dari Acer. Nama Asus diambil dari Pegasus, kuda bersayap dari mitos Greek (dengan menggugurkan tiga huruf pertama).Asus juga mengeluarkan komponen untuk syarikat lain seperti Sony (PlayStation 2), Apple Inc. (iPod, iPod Shuffle, MacBook), Alienware, Falcon Northwest, Palm, Inc., HP dan Compaq.

ASUS

Industri Perkakasan komputer, elektronik komputer
Pendapatan bersih ▲ NT$541.8 Billion (2006)
Bilangan pekerja 97,000
Perancang utama Jonney Shih, CEO dan TH Tung, Ted Hsu,
Ibu pejabat Taipei, Taiwan
Pengasas TH Tung dan lain-lain
Laman sesawang www.asus.com
Keluaran Komputer riba, telefon bimbit
Ditubuhkan 2 April 1989; 30 tahun yang lalu (1989-04-02)
Jenis Syarikat awam (TSEC: 2357)